Monday, January 3, 2011

IKAN BAKAR BEST TOK BALI

Salam,

Setelah hampir 3 tahun menetap kat sini dan 3 tahun jd Pak Cik punya regular customer. Ni baru 1st time nak blog pasal kedai Ikan Bakar Raja..bukan Ikan yang Bakar Raja..Tp Raja yang bakar ikan tu...hehe... ALkisah sebenarnya takde ape yang istimewa pun..Ikan, sotong, udang mahupun ketam kat sini dibakar tanpa apa2 rempah...Lepas kita pilih ikan..dia timbang, siang dan terus bakar...Bakar kosong.... makan pulak ngan nasi putih ngan sambal belacan je.. lauk lain x der..tp org dtg kedai ni..meneru neram..tambah2 kalau cuti sekolah.... Mungkin sebab I regular customer..i dapat murah (ke I perasan je ni?)..tp menurut kata org lain pun diorg still consider kedai ni murah yang amat berbanding kedai2 lain.... Ok..jum tgk lauk pauknya...

Ok..cup..ni bukan lauk..Ni I lah..Tgh tunggu lauk masak... Tempat ni kena sabar jugak le konsepnya...Kalau dh lapar tahap maharani tapi nk makan jugak kat kedai ni..Pandailah minum Milo ke ape ke.... Kalau tak mgkn boleh mencetuskan pergaduhan

Kicap tu gunanya untuk letak dlm sambal

Sila bandingkan saiz ikan dan saiz pinggan nasi I tu...
Ada 2 ekor sotong jugak...


Ulam-ulam untuk seimbangkan diet anda


Bentuk sambal belacan yang boleh bikin bibir anda semua jd seperti Angelina Jolie tanpa perlu dibotoxkan


Untuk pengetahuan anda... semua ni harga dia RM 29 atau Rm 27..X ingat ni... tp tu je julatnye.... Tp kalau ada yg dtg sini makan x dpt harga ni..Jgn salahkan I pulak.... Tp I rasa mesti lebih murah yang anda sangka!

Sunday, January 2, 2011

LOVE CLICK: MY BEST TRAVEL PICTURE CONTEST!

Assalamualaikum

Klik banner kalau nak join..Tapi sampai 090111 sahaja ye..

Nak tau hadiah2? Mmg sesuai la untuk traveholic....


BEST PHOTO WITH BEST DESCRIPTION WINS? 
ONE
 travel blanket *by Living Cabin



CONSOLATION ENTRY WINS?
ONE passport sling travel pouch *by Bagman
.

SPECIAL ENTRY WINS?
ONE toiletry travel pouch *by MasKargo



Ok..menarik?


Gambar ni diambil waktu I dengan my bestfriends pergi bercuti ke Singapore September 2010. Ni kat Universal Studios..bergambar dekat Piramid ni sbb tunggu kawan I g main roller coaster.Maksudnya I ni penakutlah, sbb tu x g main jugak..hehe

So... berminat nak join?Klik sini untuk tengok syarat-syaratnya..


Saturday, January 1, 2011

CONTEST DEQLIS : GAMBAR PERCUTIAN 2010

Assalamualaikum....

Nak join contest ni? Jom klik banner


Penganjur contest ini adalah Deqlis...

Syarat-syarat penyertaan memang mudah banget.... 

Mestilah blogger di dalam Malaysia
Mesti follow blog beliau... kepada pemenang yang folow kedua-dua blog beliau..hadiah pasti lebih gempak
Letakkan link blog beliau dlm bloglist anda...
Letakkan sticky post contest sehingga contest berakhir dan link entry anda ke blog beliau
Akhir sekali letakkan gambar percutian yang anda nk pertandingkan, 2010 sahaja (minimum 3 dan 
maksimum 9), masukkan ayat2 bernas kat gambar anda.

INFO WAJIB ANDA

Nama percutian

Beri rating 1 - 5 kepada item di bawah ni
5.2 Hotel/tempat menginap:
5.3 Makanan:
5.4 Kemudahan:
5.5 Kebersihan:
5.6.Extra Info: jika ada

So, masuklah kepada entry i pulak....

NAMA PERCUTIAN : BANDUNG TRIP MARCH 2010

Rating saya 

5.2 Hotel : 4*
5.3 Makanan: 4*
5.4 Kemudahan: 4*
5.5 Kebersihan: 3*
5.6.Extra Info: Kalau Pn Deqlis nak datang sini transport boleh amik kat company ini. Harga reasonable, service tip top!

Nilah gambar-gambar yang saya pertandingkan...

Sampai2 je terus g makan Nasi Padang... walaupun diorg hidang semua lauk...Ni je yang kiterong pilih untuk dimakan pada tengahari itu.

Nilah keadaan bilik kiterorg.... Ada flat screen lagi..Sorilah dh bersepah baru nk amik gambo..

Tangkuban Parahu...Tempat Gunung Berapi..Sejuk skit tempat ni..Jarak dari Kota Bandung dalam 45 minutes.... Kat sini banyak pedagang.. Gambar ni diorg yang snap..dia mmg x mencuri..tp lepas tu siaplah dia akan mintak kita beli jgk barang2 dia...

Shopper Heaven - Pasar Baru... kalau nk beli telekung..siap duit ajo..Tp ingat check dulu telekung tu takut ada oyak atau lubang...Pastu beli yang itu juga..jgn minta dia amik yang baru...Takut dia amik yang koyak

Ni tempat beli kerepek...kat Pasar Baru juga... Kerepek macam Pisang Keju ngan Samosa mmg recommended untuk dibawa balik sebagai buah tangan..

Kartika Sari tempat beli Brownies dan Bolen... Kartika Sari ni Jenama yang toplah berbanding jenama2 lain..kata org tempatan..

Dinner @ Kg Daun... Tengok Abah I siap tidor2 lagi lepas makan.. I rasa kalau siang mgkin view lebih menarik.... Makanan sini mahal skitlah..Standard Restoran..tapai affordable..Jangan risau



Ok..nilah saja entry i.... Siap sudah..Sekarang i nk tinggalkan link kat ruangan komen penganjur pulak...

Selamat mencuba....

Thursday, December 30, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

Assalamualaikum...

Sape nak hadiah barang2 IKEA? Nak ke? Nak? Jom join GiveAway penganjur..Mari join di sini


I tag ain.lillin

Siap sudah...

My First Anniversary GiveAway...

Assalamualaikum,

Klik sini untuk join
Jom join GiveAway yang dianjurkan oleh Ms_IEDA ni... join2 x kena bayar langsung.. boleh klik sini untuk join yer...
Some say that wedding anniversaries are turning points. I wish you this turning point to lead you to happiness, joy and an endless daylight. Incha Allah...
Tarikh tutup adalah pada Hari Terjadinya Anniversary beliau iaitu 30/01/11.

LIRIK SINGLE TERBARU ANUAR ZAIN - KU BERJANJI KERNA CINTA

ANUAR ZAIN - KU BERJANJI KERNA CINTA

Ku menunggu getar hatiku
Angan ku hanya untukmu
Tuk bersama.. selamanya
Kita berdua

*
Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah
Berpisah....
Sampaikan nanti

Ulang *

Meraihmu..menggapaimu

klik sini untuk tgk video nya

Wednesday, December 29, 2010

living cabin giveaway from [-suziey-] dot com

Salam.....


Tengok FM ni??? cute? cantik? cun?? Tuan empunyanya nak bagi free je kat... di ulang free..... tapi kena join giveaway kat blog puan suziey nilah...

Nak tahu syarat2nya...
  1. Follow blog pemiliknya di www.suziey.com dan http://suzieydotcom-in-contest.blogspot.com/
  2. Buat 1 entry berkenaan giveaway ni dan lekatkan gambar FM yang ada di blog puan suziey tu.
  3. Setelah selesai atau 'kau tim' ataupun bereh dengan entry u all, post link kat ruangan komen puan suziey.... 
  4. Selepas itu? Tunggu keputusannya.