salam,
setelah hampir seminggu hilang mood menulis... hari ni telah tercetus idea untuk menulis sedikit tentang anak yatim... bila tibanya ramadhan maka kita akan dgr sana sini hotel dan artis akan adakan majlis berbuka puasa dengan anak yatim... dan seperti yang telah di ajar dalam agama kita..dengan amalan spt ini maka pahala akan dilipatganda sementelah pulak bulan ramadhan yang mulia...
cuma dalam perlumbaan mengadakan majlis-majlis begini.. jgn pulak kita lupa pada mereka yang susah... yang adakalanya lebih tidak terbela nasib mereka berbanding anak2 yatim di rumah kebajikan tertentu (tidak dinafikan ada rumah anak yatim yang perlu dana). begitu juga pada majlis2 hari raya dimana anak2 yatim akan diberi duit raya oleh organisasi dan individu tertentu.. kadang2 kesian melihat anak2 org susah yang biasanya tidak di acknowledge oleh masyarakat dan ada kalanya lebih memerlukan.. mgkn kalau kita nak kumpulakan mereka untuk dijamu berbuka di hotel agak susah... tapi kita mgkn boleh come out dgn satu solution supaya anak2 yatim dan mereka yang susah ini sama2 dirai dalam majlis berbuka dan majlis hari raya...
entry ini bukanlah untuk ckp yg tak perlu berbuka puasa dengan anak yatim...cuma mgkn kita perlu tambahkan lagi keberkatan majlis ini dengan menjemput mereka yang fakir... harap kita semua boleh turut sama membantu mereka yang memerlukan...
No comments:
Post a Comment